"MENCAPAI SASARAN"'ILMU ADALAH LEBIH BAIK
DARIPDA KEKAYAAN KERANA
KEKAYAAN HARUS DIJAGA,
SEDANGKAN ILMU MENJAGA KAMU.'
-Sayidina Ali Bin Abi Talib
Mencapai Sasaran! kenapa tajuk ini dijadikan sebagai pilihan? kenapa?
Siapa tahun ini dia budak PMR termasuk saya sekali, kita kena ada sasaran untuk menuju ke destinasi yang seterusnya. Kepada 'batch 98'(2013) buat yang terbaik! jangan hampakan orang kesayangan anda terutama sekali kepada cikgu,ibu bapa dan keluarga kita.
Menempuh kesusahan dalam berbuat sesuatu akan membuat kita lebih menghargai sesuatu itu. Kadang-kadang apa yang bermain dalam benak fikiran kita tidak selalunya datang dengan mudah seperti mengkerdipkan kelopak mata. Perlu perjuangan,usaha,ketabahn,kekuatan dan tidak sedikit pengorbanan yang kadang-kadang sungguh mengsengsarakan perasaan terutama sekali untuk menyiapkan folio Geografi dan Sejarah PMR tetapi kita jangan mudah mengeluh. Kita kena ada sifat ikhlas dan reda dalam membuat sesuatu tugasan.
Namun,sungguh Allah itu tuhan yang Maha Adil. Setelah sekian banyak langkah-langkah yang harus ditempuhi, nikmat pasti terasa apabila mendapat hasilnya. Luar biasa! Dan insya-Allah, kita akan menghargainya seperti kita mendapat hadiah daripada 'someone special' dan kita hargai pemberianya.
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Kita perlu meletakkan cita-cita setinggi kak Nik Nur Madihah yang mendapat 21A dalam SPM 2008. Kita sebagai pelajar hendaklah berusaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Kalau kita terus berada zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju.
Sekiranya Ujian 1 kita hanya mendapat 2A saja, kita cabar diri pula untuk terus meningkat maju ke tahap yang lebih tinggi.
insya-Allah 8A+, amin..
langkah untuk mencabar diri===>
- Letakkan sasaran yang tinggi.
- cemburu dengan kejayaan orang lain.
- elakkan sikap cepat puas hati.
- soal siri denagn soalan positif
SIAPA YANG BOLEH BANTU AKU?
Dalam Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai satu ibadah untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
Sekarang ini, kerja kursus PMR belum habis lagi dilaksanakan. Insya-Allah akan siap secepat yang mungkin kerana kepala otak sudah serabut.. arghh! sesiapa boleh tolong? just jokking.
![]() | ||
| Aik budak kecik ni pun serabut kepala otak juga? | hehe |
Akhir sekali, nak ucapkan selamat maju jaya kepada'batch 98'(2013)
kita pelajar yang terakhir menduduki PMR! buat yang terbaik..
khatam kan semua matapelajaran dan buat ulangkaji, Ada lebih kurang 4 bulan bersamaan dengan 4 hari~
ingat tu juga ingat kepada diri sendiri juga~Konbanwa!
ichi...ni...san.. oyasuminasai
Natsu

